Laporan PID


PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN PID ZON 1 KOLABORASI BERSAMA
PDK MUSTIKA, RUAT DAN PDK NURKASIH SG. LIMAU DALAM YAN, KEDAH
PUSAT INTERNET DESA ZON 1 ( PID KUPANG )

TARIKH : 30 OGOS 2016
MASA: 9 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA
BIL. PESERTA :  69 ORANG
KUMPULAN SASARAN: PELATIH PDK DAN GURU-GURU PDK
OBJEKTIF PROGRAM:

1.       Menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan pelatih PDK.
2.       Memupuk semangat cintakan tanahair agar kekal merdeka.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Percuma
PENGISIAN:
Program semarak kemerdekaan ini diadakan di Pusat Dalam Komuniti Mustika, Ruat Yan yang turut dihadiri oleh pelatih-pelatih dari Pusat Dalam Komuniti Nurkasih Sungai Limau Dalam Yan, Kedah. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara sempena bulan kemerkedaan Malaysia yang ke 59. Program ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku bersama muzik iringan. Setelah itu, para pelatih dibawa mengenali perdana menteri-perdana menteri Malaysia yang membawa kepada kemerdekaan Malaysia sehingga sekarang yang mentadbir Malaysia agar kekal merdeka sehingga ke hari ini. Tayangan video mengenai sejarah kemerdekaan juga telah ditunjukkan agar mereka kenal sejarah dan mencintai bumi Malaysia ini.
Selepas itu, para pelatih dibahagikan kepada enam kumpulan dan bersama-sama melukis jalur gemilang. Mereka diberi sehelai kertas mahjung dan warna air. Acara ini berlangsung selama 45 minit. Mereka dibantu oleh guru-guru PDK melukis jalur gemilang dan mewarna bersama-sama ahli kumpulan yang lain. Acara diteruskan dengan acara mengeja dan teka bunyi. Kesemua pelatih mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Program diteruskan dengan pengumuman hadiah bagi kategori mewarna kanak-kanak dan berkumpulan. Seterusnya acara cabutan bertuah sempena hari kebangsaan. Program diteruskan lagi dengan nyanyian lagu kebangsaan, jalur gemilang dan tanggal 31. Mereka begitu bersemangat menyanyikan lagu tersebut dan diharap semangat tersebut bukan hanya sekadar nyanyian tetapi melekat dihati mereka agar mereka sayangkan tanahair dan bumi bertuah ini.












NAMA PROGRAM :  
BENGKEL ASAS MICROSOFT WORD 2010 DAN ASAS MICROSOFT POERPOINT 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA, YAN

TARIKH : 22/10/2016
MASA: 8.30 PAGI – 12.30 TGHARI
TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA , YAN
BIL. PESERTA : 2 SUBJEK X 23 =46  ORANG
KUMPULAN SASARAN: LEPASAN UPSR
OBJEKTIF PROGRAM:
1.       MENGENAL ASAS MICROSOFT OFFICE 2010
2.       MEMUDAHKAN KERJA
3.       MEMUPUK MINAT DALAM SUBJEK KOMPUTER

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada
PENGISIAN:
BENGKEL INI MENERAPKAN CARA UNTUK PENGGUNAAN WORD  DAN POWERPOINT SUPAYA MEMUDAHKAN MEMBUAT SEGALA TUGASAN

GAMBAR SEMASA BENGKEL BERLANSUNG












NAMA PROGRAM :
BENGKEL BAIKPULIH KOMPUTER
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  YAN ,KEDAH
TARIKH : 28/10/2016
MASA: 8.30 PAGI – 12.30 TGHARI
TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN LANGKASUKA , YAN
BIL. PESERTA : 120  ORANG
KUMPULAN SASARAN: LEPASAN PT3
OBJEKTIF PROGRAM:
1.      Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai baikpulih komputer.
2.      Mencungkil bakat para pelajar yang berminat bagi memilih bidang yang sesuai bagi mereka melanjutkan pelajaran di peringkat vokasional.
BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada
PENGISIAN:
Program ini adalah program kerjasama di antar Pusat Internet Desa Zon 1 bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Yan buat pertama kalinya. Bengkel ini dihadiri seramai 135 orang pelajar lepasan PT3 baru-baru ini. Program dimulai dengan ucapan kata-kata aluan dari Guru Teknikal SMK Yan dan wakil PID Zon 1 Pn. Siti Rahmah. Kata-kata semangat diberikan kepada para pelajar agar mereka yang berpeluang mengikuti bengkel ini dapat menggunakannya dan mendapat maklumat yang tidak diketahui sebelum ini.

Bengkel diteruskan dengan persembahan slaid pengenalan kepada perkakasan komputer. Ini bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perkakasan yang terdapat di dalam sebuah komputer serta kegunaannya. Setelah penerangan diberikan, tiba masanya para pelajar ditunjukkan cara membuka perkakasan komputer yang diterajui oleh En. Shahiran Mohd Ali dari PID Kupang. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan dan ditunjukkan cara-cara membuka perkakasan komputer satu-persatu. Penerangan diberikan sepanjang program berlangsung agar apabila komputer dipasang kembali, ia dapat berfungsi dengan baik.

Untuk slot ini, kumpulan paling cepat dan betul memasang perkakasan komputer diberikan hadiah. Selepas rehat, ditunjukkan pula cara format pc oleh En. Shamsul Affandi. Para pelajar ditunjukkan cara format pc langkah demi langkah, cara membuat partition serta penerangan serba sedikit mengenai istilah-istilah yang digunakan dalam sistem komputer. Di akhir taklimat atau sesi format komputer, para pelajar menjawab sepuluh soalan kuiz berdasarkan pembentangan yang telah dibuat dari pagi. Para pelajar kini, dapat memahami istilah-istilah dan mengenal perkakasan komputer dengan lebih tepat.

Di akhir sesi bengkel ini, PID Zon 1 telah menyampaikan cenderahati kepada dua orang guru yang terlibat secara langsung dalam program pasca PT3 bersama PID.


GAMBAR SEKITAR PROGRAM

















No comments:

Post a Comment